Thursday 28 August 2014

Presiden Assad bentuk kerajaan, lantik 11 menteri baharu

KHAMIS, 28 OGOS 2014 @ 11:02 AM
 Presiden Bashar al-Assad

DAMSYIK: Presiden Bashar al-Assad semalam membentuk kerajaan baharu, dua bulan selepas pemilihannya semula, dengan mengekalkan Perdana Menteri Wael al-Halaqi.

Turut dikekalkan adalah Menteri Luar Walid Muallem dan Menteri Pertahanan Jeneral Fahd al-Freij selain Menteri Dalam Negeri, Keadilan, Hal Ehwal Agama, Penerangan dan Hal Ehwal Presiden.

Barisan kabinet Assad mengandungi 11 menteri baharu termasuk Hassan al-Nuri yang pernah menentangnya dalam pertandingan presiden pada 3 Jun lalu.

Assad menang pilihan raya itu, iaitu yang pilihan raya pertama di mana beberapa calon dibenarkan bertanding.

Sebahagian daripada menteri baharu dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal ekonomi bertujuan mengukuhkannya dalam bidang berkenaan. - AFP

Syria didakwa guna senjata kimia


GENEVA 27 Ogos - Penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) percaya, kerajaan Syria mengunakan senjata kimia klorin di lapan kawasan orang awam berbeza pada bulan April lalu.
"Berdasarkan bahan bukti munasabah, bahan kimia dari jenis klorin digunakan di kawasan selatan Syria iaitu Kampung Kafr Zeita, al-Tamana dan Tal Minnis dalam lapan kejadian berasingan untuk tempoh masa 10 hari pada bulan April lalu.
"Pasukan keselamatan kerajaan menggugurkan tong berisi bahan peledak yang sesetengah daripadanya berisi bahan kimia di kawasan orang awam dan mereka perlu didakwa," kata penyiasat tersebut dalam satu laporan setebal 45 halaman.
Jelas penyiasat itu lagi, kerajaan Syria dan kumpulan militan Negara Islam (IS) turut didakwa melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan apabila saling berperang di antara mereka. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140828/lu_09/Syria-didakwa-guna-senjata-kimia#ixzz3BdmKTOy4
© Utusan Melayu (M) Bhd