Sunday 30 March 2014

Tentera Syria tawan dua kampung di sempadan Lebanon


DAMSYIK 30 Mac - Tentera kerajaan Syria berjaya menawan dua buah perkampungan berhampiran sempadan Lebanon hari ini, dalam usaha menyekat kemasukan senjata api dan anggota penentang kerajaan ke negara ini dari kawasan timur Lebanon.
Kampung Flita dan Ras Maara menjadi sasaran terbaharu tentera kerajaan di sempadan wilayah Qalamoun, selepas bandar Yabroud ditawan awal bulan ini.
Filta yang terletak kira-kira 7 kilometer dari sempadan Lebanon menjadi laluan utama penentang kerajaan ke Syria untuk bertempur dengan tentera Presiden Bashar al-Assad. -AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140330/lu_02/Tentera-Syria-tawan-dua-kampung-di-sempadan-Lebanon#ixzz2xOYyUC5Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment