Wednesday 7 May 2014

30 tentera Syria terbunuh

 Beirut: Kira-kira 30 tentera rejim Bashar maut apabila kumpulan pejuang meletupkan terowong di bawah pusat pemeriksaan di wilayah barat laut Syria kelmarin.

Video dan imej yang dimuat naik oleh penyokong penentang menunjukkan kepulan asap melitupi ruang udara di kawasan itu.
Ia disambut oleh kumpulan itu dengan takbir dan tembakan ke udara.
Kumpulan penentang melakukan serangan gerila bagi memerangi rejim Bashar tetapi letupan yang berlaku Isnin lalu adalah luar biasa.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, letupan itu berlaku di kawasan pinggir bandar Ma'arat al-Nu'man dalam wilayah Idlib.
Lebih 150,000 orang terbunuh sejak krisis tercetus di Syria yang bermula dengan gerakan aman penunjuk perasaan tetapi bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar mula bertindak kejam.
- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/07

No comments:

Post a Comment