Friday 10 July 2015

Anggota IS kena racun?


45 orang meninggal dunia selepas berbuka puasa
10 Julai 2015 12:22 AM


BAGHDAD 9 Julai - Sekurang-kurangnya 45 anggota kumpulan militan negara Islam (IS) meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas berbuka puasa dengan juadah yang mengandungi racun.
Akhbar Britain, Daily Mail me­laporkan, dalam kejadian kelmarin, sebanyak 145 orang anggota IS berbuka puasa bersama di Mosul, utara Iraq, namun 45 daripadanya meninggal dunia, sementara 100 lagi jatuh sakit.
Menurut seorang jurucakap Parti Demokratik Kurdis, pihaknya tidak dapat mengesahkan kejadian itu sengaja terancang atau sebaliknya.
Jelas akhbar itu lagi, ini bukan kali pertama kes keracunan makanan mengorbankan sejumlah anggota kumpulan IS.
Beberapa kes lain juga pernah dilaporkan sebelum ini.
Dalam satu kes lain pada November tahun lalu, Daily Mail memetik sumber media tempatan yang menyatakan anggota kumpulan penentang Syria berjaya menyusup masuk ke sebuah kem IS dengan menyamar sebagai tukang masak dan meracuni makanan yang mahu dihidangkan kepada anggota militan berkenaan.
Laporan akhbar Britain tersebut ketika itu, turut disertakan gambar sekumpulan anggota militan IS duduk di depan makanan seperti ikan goreng, salad hijau selain daripada minuman berkarbonat seperti Coke dan Pepsi.
Bagaimanapun, kesahihan gambar tersebut tidak dapat dipastikan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/anggota-is-kena-racun-1.112391#sthash.k61GGICm.dpuf

No comments:

Post a Comment