Monday 12 October 2015

Tentera Syria mara di Hama, Latakia


Beirut: Tentera Syria yang disokong serangan udara Russia semalam mara di dua garisan pertempuran - di tengah wilayah Hama di sekitar lebuh raya Damsyik-Aleppo dan di utara Latakia.

Di Hama, tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad itu menawan tiga kampung dan kini berusaha menguasai kawasan di baratnya.

Di utara Latakia pula, mereka menawan Kafr Dalna ketika berusaha untuk menawan kawasan pergunungan strategik di wilayah berkenaan, menurut pemerhati hak asasi manusia bagi Syria.

Russia melancarkan serangan udara di Syria sejak 12 hari lalu dengan mendakwa ia menyasarkan kumpulan militan Negara Islam.

Bagaimanapun, sumber NATO berkata, serangan itu lebih banyak menyasarkan kumpulan penentang Bashar berhaluan sederhana dalam usaha Moscow untuk mengukuhkan kedudukan Bashar, sekutu terkuatnya di Asia Barat.

Sumber tentera kerajaan Syria berkata, tenteranya berusaha untuk mengepung Idlib dan memencilkan wilayah itu dari Hama dan Latakia serta menghalang kumpulan penentang mengancam wilayah lain. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 6:49 AM

RAKYAT Iran mengusung keranda panglima Pengawal Revolusi Jeneral Hossein Hamedani ketika majlis pengebumiannya di Teheran, semalam. Hossein mati ditembak militan Negara Islam di pinggir Aleppo, Syria, Rabu lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84369#sthash.7RA7XboT.dpuf

No comments:

Post a Comment