Tuesday, 11 February 2014

"ISIS ADALAH KUMPULAN YANG KHIANAT DAN BELOT"

"ISIS ADALAH KUMPULAN YANG KHIANAT DAN BELOT"

Ayat diatas bukanlah datang dari kami di SyriaCare yang selalu dituduh memfitnah ISIS, bahkan ianya adalah sebahagian dari kenyataan rasmi dari Ahrar Al-Sham selepas markas-markas mereka di Hasakah di serang oleh ISIS dan senjata mereka di rampas dan para Mujahidin mereka di tawan dan di paksa berbaiah dengan ISIS. Sebelum ini ada semacam persefahaman di antara ISIS dan kumpulan-kumpulan lain di Hasakah untuk tidak menyerang satu sama lain, tetapi nampaknya tindakan ISIS itu telah memusnahkan persefahaman itu.

Pendokong ISIS walaubagaimanapun cuba sedaya upaya untuk mempertahankan berita ini dengan mengatakan anggota Ahrar Al-Sham berbaiah secara sukarela. Nak percaya kepada siapa, terpulang kepada anda. Kami pilih untuk mempercayai kenyataan rasmi Mujahidin di sana.

JABHA AN NUSRA JUGA MENJADI MANGSA ISIS!

Laporan-laporan tentang ISIS menyerang fasiliti-fasiliti Jabha An Nusra(JAN) di Deir Az-Zour telah muncul semenjak hampir seminggu yang lalu. Walaubagaimanapun kami mengambil sikap 'tabayyun'(memastikan kesahihan) dan membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan berita ini sehinggalah mendapat kepastian dari Jabha An-Nusra sendiri. Akhirnya Jabha An-Nusra mengeluarkan kenyataan pada 7 Februari berkenaan kejadian-kejadian yang berlaku dengan ISIS di Deir Az-Zour.

Dalam kenyataan tersebut, JAN mengingatkan bagaiman mereka cuba untuk tidak terlibat dalam konflik di antara Mujahidin, dan mereka telah cuba untuk menjadi orang tengah untuk mendamaikan semua pihak. Mereka juga selama ini menumpukan kekuatan dan usaha mereka terhadap tentera Rejim, akan tetapi itu menghalang mereka dari menjadi mangsa ISIS seterusnya. Kenyataan JAN itu menyebut beberapa kejadian, diantaranya ISIS merampas fasiliti yang dikelola oleh JAN, mengepung markaz-markaz JAN, membunuh beberapa anggota mereka, mengambil wang mereka. ISIS juga memancing baiah dari qabilah-qabilah di sana dengan menjanjikan sebahagian dari harta JAN kepada mereka. JAN pada akhir kenyataan tersebut memberi amaran kepada ISIS bahawa jika ISIS tidak berhenti dan tidak memulangkan apa yang sepatutnya hak milik JAN, maka JAN sangat bersedia untuk mempertahankan diri sendiri dan membalas balik serangan ISIS.

Semenjak dari kenyataan ini, terdapat banyak laporan yang mengatakan tentang berlakunya pertempuran antara JAN dan Ahrar Al-Sham melawan ISIS di Deir Az-Zour dan Hasakah. Ada juga yang mengatakan bahawa gencatan senjata telah dipersetujui antara JAN dan ISIS di Deir Az-Zour.

Semoga Allah membantu mereka yang benar.

SUMBER
KENYATAAN RASMI AHRAR AL SHAM(ARABIC):http://im32.gulfup.com/1k8WZ.jpg

KENYATAAN RASMI JABHA AN NUSRA(ARABIC) :http://justpaste.it/ec4z

TERJEMAHAN DALAM BAHASA INDONESIA
AHRAH AL SHAM : http://www.arrahmah.com/news/2014/02/08/pernyataan-resmi-ahrar-asy-syam-terkait-serangan-isis-di-hasakah.html

JABHA AN NUSRA: http://www.arrahmah.com/news/2014/02/08/inna-lillah-saat-jabhah-nushrah-membebaskan-ribuan-tawanan-dari-penjara-pusat-aleppo-isis-menyerbu-dan-mengepung-jabhah-nushrah-di-hasakah.html

1 comment: