Wednesday 14 December 2016

Rejim Assad sembelih kanak-kanak, wanita setiap jam


13 DISEMBER 2016

Bashar al-Assad
Bashar al-Assad

ALEPPO - SYRIA. Sukarelawan kemanusiaan di Aleppo merayu bantuan selepas melaporkan askar rejim Bashar al-Assad membunuh mereka yang dituduh mempunyai kaitan dengan Free Syrian Army.

Laporan CNN mengatakan mereka yang dibunuh termasuklah kanak-kanak dan wanita, kata aktivis Mohammad Basbous di Aleppo Media Center semalam.

"Setiap jam, hukuman bunuh dijalankan," kata Syrian Observatory for Human Rights pula.

Laporan pembunuhan tersebut muncul selepas tentera rejim dan Rusia berjaya menawan kembali Aleppo dari tangan pemberontak dan pejuang Sunni.

"Ramai orang dibunuh terutamanya mereka yang masih muda," kata Pengarah Hospital Union of Medical Care and Relief, Ahmad Dbais.

Selain itu, askar kerajaan memecah masuk rumah penduduk dan menghalau penduduk Aleppo, menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal.

Ketika ini, kumpulan aktivis dan Pertahanan Awam Syria, White Helmets merayu bantuan antarabangsa untuk keselamatan sukarelawan dan lebih 100,000 orang awam.

"Mayat bergelimpangan memenuhi jalan," kata White Helmets dalam satu kenyataan.

8 comments:

  1. Takutnya kita di tanya kat akhirat nnt ape yg kita buat untuk bantu mereka.

    ReplyDelete
  2. Nanti kita try salur bantuan melalui syrian care.

    ReplyDelete
  3. kamu semua mata bute belake ,percaya bulat2 dekat ank2 dajal us media barat ..knpe plk askr syria nk bunuh penduduk sendri ..tngk lah dajjal sdh mnipu kmu semua..

    ReplyDelete
  4. Tesss tingg..kamu sorang la yang celiknya. Bengong.

    ReplyDelete
  5. Bashar al-assad ni bkan islam kan...... Yg tawan Aleppo tu pasukan isis kan

    ReplyDelete
  6. bashar al assad pengikut ajaran syiah. dia pemimpin yg kejam. pegangan syiah adalah darah kaum islam sunni adalah halal buat mereka. brmksud mereka boleh bunuh sesuka hati pengikut umat nabi muhammad.

    ReplyDelete