Wednesday 25 December 2013

300 maut di Aleppo

300 maut di AleppoRamai orang awam terperangkap selepas terkena bom barrel.

25 Disember 2013

 ALEPPO - SYRIA.Lebih 300 orang, termasuk 87  budak terbunuh dalam serangan bom yang dilepaskan dari pesawat di utara Syria sejak lapan hari lalu.

Aktivis Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria melaporkan, serangan itu berlaku di kawasan didakwa menjadi kubu kuat Presiden Bashar al-Assad.

“Sejak 15 Disember lalu, 300 orang terkorban, termasuk kanak-kanak, wanita dan tentera pembebasan,” katanya.

Menurutnya, serangan menggunakan bom barrel itu dilakukan oleh tentera rejim.

“Mereka menggugurkan tong berisi bahan letupan di kawasan berkenaan. Taktik itu dilakukan berikutan kekurangan anggota tentera.

Tindakan kejam itu menyebabkan penyerang gagal mengenal pasti penduduk awam atau kumpulan penentang,” katanya menurut laporan Reuters.

Beliau berkata, bom berkenaan digugurkan kebanyakan di kawasan sekolah, pasar dan kediaman.

Sebahagian Aleppo kini ditawan kumpulan rejim manakala sebahagian lagi dikuasai tentera pembebasan dan kumpulan militan asing.

No comments:

Post a Comment