Kadiza Sultana, Shamima Begum
LONDON - BRITAIN. Ibu bapa kepada Shamima Begum yang dipercayai menuju ke Syria merayu supaya gadis tersebut pulang.

Berdasarkan laporan CNN, Shamima, 15, bersama seorang lagi gadis, Kadiza Sultana, 16, dilaporkan berlepas ke Istanbul dari Lapangan Terbang Gatwick, Selasa lepas.

"Kami sangat merinduimu dan sangat bimbangkan awak," kata ibu bapa Shamima melalu satu kenyataan, Sabtu lepas.

Menurut mereka, mereka faham bahawa Shamima ada keinginan untuk membantu mangsa peperangan di Syria.

"Awak boleh membantu mereka dari rumah. Awak tak perlu letakkan diri anda dalam bahaya," tambah kenyataan tersebut.