Tuesday 1 December 2015

Turki pulang mayat juruterbang Sukhoi-24

REUTERS -

SEBUAH pesawat kargo Tentera Udara Turki yang membawa keranda Peshkov berada di lapangan terbang Hatay, Turki kelmarin.


ANKARA – Turki semalam menghantar pulang mayat seorang juruterbang jet pejuang Sukhoi-24 yang terbunuh ketika pesawat yang dipandunya ditembak jatuh tentera udara Turki selepas didapati menceroboh ruang udara negara itu di sempadan Syria. Penerbangan khas membawa mayat Oleg Peshkov meninggalkan lapangan terbang Ankara menuju ke Rusia, lapor agensi berita Anatolia tanpa memberikan butiran lanjut. Mayat Peshkov diambil dari Syria pada hujung minggu lalu dan dibawa ke selatan Turki sebelum diterbangkan ke Ankara. Kedua-dua juruterbang yang membuat penerbangan menggunakan pesawat Sukhoi-24 itu berjaya keluar dan mendarat menggunakan payung terjun di sempadan Syria selepas ditembak jatuh oleh beberapa jet F-16 dari Turki dalam kejadian pada 24 November lalu. Peshkov terbunuh dalam keadaan yang belum dijelaskan sepenuhnya sementara juruterbang kedua, Konstantin Murakhtin, berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dan telah membuat kenyataan kepada media Rusia. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3t1FbUlYd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment