Tuesday 1 December 2015

Turki, EU capai persetujuan tangani krisis pelarian

01 Disember 2015 12:51 AM


Pelarian dan pendatang asing keluar dari bot apabila tiba di pulau Lesbos, Greece selepas berjaya menyeberangi LautAegean dari Turki, baru-baru ini. AFP


BRUSSELS 30 Nov. – Turki dan Ke­satuan Eropah (EU) mencapai kata sepakat untuk menangani krisis kebanjiran pelarian ke benua Eropah apabila Ankara bersetuju membantu mengawal kemasukan pelarian sebagai balasan terhadap bantuan kewangan dan visa daripada blok itu. Kesemua 28 pemimpin EU mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu di Brussels, Belgium semalam bagi mencapai persetujuan muktamad selepas kedua-dua pihak berunding sejak beberapa minggu lalu. Antara perkara penting yang dipersetujui dalam perjanjian berkenaan, EU sedia menyalurkan bantuan sebanyak tiga bilion euro (RM13.5 bilion) bagi menaiktaraf kehidupan kira-kira 2.2 juta pela­rian Syria di Turki supaya mengga-lakkan lebih ramai pelarian tidak berhijrah ke Eropah. “Bantuan awal kewangan tersebut merupakan tanda komited EU dan sebarang keperluan tambahan akan dinilai semula berdasarkan perkembangan semasa. “Turki juga akan menyalurkan bantuan menerusi kawalan kapal peronda dan pemeriksaan sempadan bagi mengekang kebanjiran pelarian ke Eropah,” jelas satu kenyataan bersama antara pemimpin Turki dan EU. Pada asalnya, EU menawarkan jumlah bantuan yang sama bagi tempoh lebih dua tahun, tetapi bersetuju untuk memberi bantuan tersebut pada setiap tahun. Namun Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, bantuan akan disalurkan secara berperingkat sehingga mencapai jumlah lebih atau kurang daripada tiga bilion euro. Selain itu, EU menawarkan run­dingan yang lebih serius kepada Turki berhubung penyertaan Ankara ke dalam blok Eropah, tetapi dengan syarat republik Islam terbabit perlu mengetatkan kawalan sempadan di bahagian timur negara bagi mengekang kemasukan pela­rian Asia dan melaksanakan beberapa langkah lain untuk mengelakkan pelarian memasuki Eropah. Persetujuan itu dicapai selepas krisis pelarian di Eropah menjadi tumpuan dunia susulan kematian beratus-ratus pelarian terutamanya dari Syria yang cuba menyeberangi laut menuju ke Greece. – Reuters - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-eu-capai-persetujuan-tangani-krisis-pelarian-1.164204#sthash.XuGNqGBo.dpuf

No comments:

Post a Comment