Thursday 31 May 2012

Petikan ucapan Syaikh Ismail Al-Majzub :

 Petikan ucapan Syaikh Ismail Al-Majzub :
Ke mana perginya tentera pembunuh dan tali barut?
Kenapa mereka melepaskan peluru berpandu, mortar dan roket serta mengadakan pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai ke atas saudara-saudara kita yang tidak bersalah di kampung Al-Haulah sehingga mengakibatkan ratusan mayat bergelimpangan di sana-sini?
Dan sebelum itu kenapa mereka tergamak meruntuh dan membedil rumah-rumah orang awam di beberapa buah daerah di sekitar Homs dan juga daerah lain?
Sampai bila fenomena mayat-mayat bergelimpangan dan pengkebumian besar-besaran akan terus berlaku terhadap rakyat Syria? Keadaan ini disaksikan secara berterusan oleh seluruh umat Arab dan umat Islam bukan Arab, malah turut disaksikan juga oleh para pemimpin-pemimpin negara luar yang sebahagiaannya terlibat dalam perancangan jahat ke atas rakyat Syria. Hal ini sesungguhnya tidak pernah disaksikan oleh sejarah Syria walaupun ketika Syria dijajah oleh Perancis dahulu.
Sampai bila peristiwa penyembelihan yang mengerikan ini akan terus berlaku hingga menyebabkan manusia sudah mula melupakan peristiwa ngeri di Dair Yasin dan lain-lain tempat?
Bilangan kekejaman yang dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat Palestin pun tidak sebesar angka kekejaman yang berlaku di Syria!
Akhir sekali saya lontarkan soalan :
Agak-agaknya apakah respon Amerika dan Rusia jika hanya 1 peratus dari peluru berpandu dan roket yang digunakan ke atas rakyat Syria ini dikenakan kepada entiti Israel yang mungkin hanya mengorbankan ratusan nyawa sahaja?
......................
Oleh : Mohd Hamim

No comments:

Post a Comment