Tuesday 26 June 2012

Mesej Al-Qaradhawi kepada Dr. bouti : Anda tidak patut bersama golongan zalim.

 Mesej Al-Qaradhawi kepada Dr. bouti : Anda tidak patut bersama golongan zalim.

Kempen kepada seluruh manusia agar mendokong perjuangan rakyat Syria.

Dr. Al-Qaradhawi mengutuk kekejaman regim Syria serta menyeru para ilmuan Syria agar menghentikan sikap berdiam diri serta menyatakan bantahan dan memberikan sokongan kepada rakyat Syria. Beliau turut mengkhususkan pesanan berikut kepada Syaikh Dr. Said Ramadhan Al-Buti.

Ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Umar bin Al-Khattab, beliau turut menyelar kezaliman rejim Syria dan menyifatkan mereka bukan lagi manusia. Mereka tidak punya perasaan, mata dan telinga, malah mereka lebih sesat dan hina dari binatang ternak. Semoga Allah menghancurkan mereka!

Ketua Persatuan Ulama Sedunia itu mengingatkan, jika mereka tidak segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, pasti Allah akan mengambil ‘tindakan’ tegas dan dahsyat kepada mereka dan Allah akan menurukan kutukan ke atas mereka.

Al-Qaradhawi juga turut menyeru ulama Syria dengan katanya :

“Saya katakan kepada seluruh ulama Syria. Sampai bila kamu terus berdiam diri? Kalian mesti bersuara dan menyatakan kebenaran. Kalian mesti bersama-sama rakyat Syria!”

“Kamu tidak boleh terus begitu wahai Syaikh Buti! Haram ke atas kamu terus memberi sokongan kepada rejim zalim, menentang rakyat dan membela kebatilan. Seorang ulama tidak sepatutnya bersekongkol dengan kebatilan.”

Beliau menambah lagi, “Suatu hari nanti lembaran sejarah akan membuktikan bahawa di Syria pernah mengalami kezaliman dan musibah yang besar. Ia adalah musibah yang dibenci oleh insan dan Tuhan. Suatu hari nanti semua orang akan tahu. Justeru, saya memohon agar Allah melindungi para ulama dari tergolongan dalam golongan yang mendokong kezaliman.”

Al-Qaradhawi turut memberikan kata-kata semangat kepada rakyat Syria :

“Saya menyeru kepada rakyat Syria agar sentiasa memberi sokongan kepada para pejuang pembebasan Syria serta bersama-sama dengan golongan yang ‘merdeka’. Saya juga menyeru kepada tentera yang masih bersama-sama rejim agar tinggalkanlah tentera kerajaan dan sertailah tentera pembebasan Syria. Jika tidak, Allah akan menurunkan laknat dan azab ke atas kalian!”

Beliau juga melahirkan rasa optimis bahawa kemenangan rakyat Syria semakin hampir. Justeru, beliau turut mengajak seluruh bangsa Arab, umat Islam, pihak-pihak di university, bangsa-bangsa bersatu dan para organisasi Islam agar memberikan sokongan dan dokongan kepada rakyat Syria yang dibunuh setiap hari. Beliau menyatakan bahawa kita semua mesti memperbanyak doa dan mengadu kepada Allah agar pihak yang zalim dan kejam segera dihapuskan!

..........................................

من خطبة الجمعة الاخير للدكتور يوسف القرضاوي:

ندد القرضاوي بوحشية النظام الغاشم في سوريا، ونادي علماء سوريا جميعا بالكف عن الصمت وقول الحق والوقوف بجانب الشعب، وخص بالذكر الشيخ رمضان البوطي.
وفي خطبة الجمعة من مسجد عمر بن الخطاب بالدوحة ندد بالممارسات الوحشية للنظام الغاشم في سوريا، وقال إنهم ليسوا بشرا.. لهم قلوب لا يفقهون بها، ولهم أعين لا يبصرون بها، ولهم آذان لا يسمعون بها، أولئك كالأنعام بل هم أضل. قاتلهم الله.
وحذر رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين، هؤلاء "إذا لم تتوبوا إلى الله، وترجعوا إلى الله بأسرع ما يمكن، فإن الله سيأخذكم أخذا أليما شديدا .. ستنزل بكم نقمة الله".
وتوجه بالنداء إلى علماء سوريا "أنادي علماء سوريا جميعا: كفى ما مضى من السكوت والصمت. إلى متى تصمتون؟! لابد أن تتكلموا، لابد أن تقولوا الحق، لابد أن تقفوا مع الشعب. حرام عليكم. حرام عليك يا شيخ بوطي. يا بوطي حرام عليك أن تؤيد هذا الظالم، وأن تقف ضد الشعب، وأن تدافع عن الباطل، لا يجوز لعالم أن يدافع عن الباطل، ولن يدافع عنه إلا بباطل".
وأضاف "سيظهر التاريخ حين تنكشف الأوراق أن هناك مظالم شديدة، وجوائح يكرهها الناس، ويكرهها الله، ويكرهها الحق، ستظهر هذه للملأ. أعيذ العلماء أن يكونوا من أنصار الظلمة".
كما توجه بالنداء إلى الشعب وإلى جنود النظام"أنادي الشعب السوري جميعا أن يقفوا مع الرجال الأبطال، مع الجيش السوري الحر، مع الأحرار في سوريا. وأنادي أبناء الجيش أن ينفصلوا عن هذا الجيش، وأن ينضموا إلى الجيش الحر؛ حتى لا تصيبهم لعنه الله".
وعبر الشيخ القرضاوي عن اعتقاده بأن "يوم سوريا قد قرب"، ودعا العرب في كل مكان، وأبناء الإسلام، والجامعة العربية، والأمم المتحدة، والتعاون الإسلامي، وكل أحرار العالم، أن يقفوا لمساندة الشعب السوري المظلوم الذي يقتل كل يوم. "لابد أن ندعو ونستغيث برحمة الله، ضد هؤلاء الظلمة". 

No comments:

Post a Comment