Saturday 27 April 2013

1.4 juta jadi pelarian akibat konflik di Syria



GENEVA 27 April - Jumlah pelarian rakyat Syria yang meninggalkan negara itu berikutan konflik berdarah selama dua tahun di situ telah melebihi angka 1.4 juta, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) hari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Program UNHCR, Paul Spiegel berkata, setakat semalam, sebanyak 1,401,435 rakyat Syria telah berdaftar sebagai pelarian dan amat sukar untuk memenuhi keperluan perubatan mereka.
"Ini bersamaan dengan 30 peratus melebihi jumlah yang diramalkan di bawah Pelan Tindakan Pelarian menjelang penghujung Jun ini," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130427/lu_01/14-juta-jadi-pelarian-akibat-konflik-di-Syria#ixzz2Rftb5LlK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment