Sunday 14 April 2013

Jazakum Allah Khair....


Terima kasih kepada saudara-saudara Muslim kami di Malaysia yang sudi menderma pakaian-pakaian bagi merealisasikan konvoi ke Syria ini satu kenyataan. Terima kasih juga kepada saudara-saudara Muslim Syria di Malaysia yang bersusah payah mengisi 10 tan pakaian kedalam kontena untuk dihantar ke Syria. Terima kasih kepada Qatar Airways dan Perdana Menteri Qatar serta kedutaan Qatar di Malaysia yang sanggup menampung perbelanjaan sebanyak RM220, 000 untuk menghantar pakaian-pakaian ini ke Syria yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan Qatar. Terima kasih juga kepada TV Al-Jazeerah yang memberi liputan mengenai konvoi ini dan memberi maklumbalas yang pantas (kami gagal untuk mendapatkan wartawan dari TV Al-Hijrah untuk memberi liputan mengenai konvoi ini kerana kami sepatutnya memberitahu kepada TV Al-Hijrah seminggu lebih awal) Jutaan terima kasih juga kepada team Syria Care Malaysia dan Indonesia yang berterusan memperterjemah berita-berita mengenai pergolakan yang berlaku di Syria 24/7 sejak dua tahun yang lepas. Terima kasih juga kepada pasukan Syria Care Malaysia yang mempertaruhkan nyawa mereka yang kini berada di Syria bagi menghantar sendiri bantuan-bantuan yang didermakan oleh penderma-penderma budiman di Malaysia. Dan akhir sekali.... Terima kasih kepada ALLAH s.w.t Alhamdulilah..

No comments:

Post a Comment