Tuesday 9 April 2013

Kira-kira 15 maut dalam serangan bom di Damsyik



09/04/2013 3:18am

DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 15 orang maut dalam satu serangan pengebom berani mati yang meletupkan sebuah bom kereta di tengah ibu kota Syria di sini semalam
Letupan kuat itu turut menyebabkan sebatang jalan di sini bergelimpangan dengan mayat manusia dan berpuluh-puluh bangkai kenderaan yang musnah.
“Seramai 53 orang cedera dalam serangan tersebut,” lapor stesen televisyen Syria.
Setakat ini, masih belum ada pihak mengaku melakukan serangan kejam itu yang berlaku di berhampiran bank pusat Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2PuhN9MUz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment