Tuesday 16 April 2013

Serangan udara tentera Syria menyebabkan seorang terbunuh



BEIRUT 16 April -Tentera Syria hari ini melancarkan beberapa serangan udara terhadap pemberontak di sekitar Damsyik, menyebabkan seorang terbunuh.
Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, seorang orang awam terbunuh dalam serangan di Gaboon yang terletak di timur negara ini.
Satu video yang diedarkan oleh Suruhanjaya Revolusi Syria menunjukkan kepulan asap hitam kelihatan selepas berlaku serangan udara di Damsyik.
Rejim juga dikatakan turut menggunakan pesawat pejuang untuk mengebom bandar Yabroud, Douma dan Harasta di timur Damsyik - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130415/lu_10/Serangan-udara-tentera-Syria-menyebabkan-seorang-terbunuh#ixzz2Qa2H205S
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment