Thursday, 23 May 2013

MISI PERTAHANKAN KOTA QUSAIR



Sebagaimana yang telah kami laporkan sebelum ini, sejak beberapa hari yang lalu berlaku pertempuran yang sengit di Qusair, Homs. Rejim melancarkan serangan berskala besar untuk merampas kota ini daripada mujahidin yang telah berjaya menguasai dan bertahan di kawasan ini hampir 2 tahun lamanya.

Rejim semakin terdesak menyebabkan mereka memerlukan bantuan dari Hizbolla yang menguasai selatan Lubnan untuk masuk ke dalam Syria. Basyar sendiri mengakui bahawa Qusair merupakan peperangan utama di Syria berbanding kawasan lain.

Kota Qusair amat penting bagi survival rejim dan pakatannya. Antara sebabnya ialah :

1) Jika rejim tidak dapat menguasai kembali Qusair, bantuan Hizbolla untuk ke Syria akan terbantut.

2) Kota Qusair amat penting buat rejim kerana ia menghubungkan laluan dari Dimasyq Tartus dan Lattakia yang majoriti penduduknya adalah Syiah.

3) Kota ini sangat penting kerana penguasaan seluruh negeri Homs bergantung kepada penguasaan ke atas kota Qusair

Dan mujahidin telah bersumpah dan berjanji akan mempertahankan kota Qusair ini sehingga ke titisan darah yang terakhir. Doakan mereka.
 

No comments:

Post a Comment