Monday 3 June 2013

Russia halang PBB kritik serangan rejim Syria


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB): Seorang diplomat PBB semalam berkata, Russia menghalang satu perisytiharan Majlis Keselamatan yang mengkritik serangan rejim Syria terhadap bandar Qusair yang dikuasai oleh golongan penentang.

Diplomat Majlis Keselamatan itu berkata, Russia bertindak demikian kerana majlis itu tidak membuat sebarang kenyataan apabila penentang menawan bandar itu.


Qusair menjadi medan tempur paling sengit dalam perang saudara di Syria dan turut membabitkan Hizbullah, kumpulan militan di Lubnan.

Pembangkang rejim Syria menggunakan alasan pembabitan Hizbullah dalam perang berkenaan untuk tidak menghadiri rundingan damai dengan kerajaan Syria di Geneva. - Reuters

No comments:

Post a Comment