Monday 3 June 2013

PBB gesa laksana gencatan senjata

PBB gesa laksana gencatan senjataBandar strategik Qusayr menjadi medan pertempuran baru di Syria dalam konflik yang berlarutan sejak lebih dua tahun lalu.
NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin menggesa gencatan senjata dilaksanakan di Qusayr selepas tentera Syria melancarkan operasi besar-besaran untuk menawan semula bandar strategik itu sejak bulan lalu.

Dipetik Press TV, kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Misi Kemanusiaan PBB, Valerie Amos bersama Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay.

"Kami percaya terdapat 1,500 orang cedera dan memerlukan bantuan pemindahan segera bagi mendapatkan rawatan kecemasan," menurut Amos.  

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut menggesa kedua-dua belah pihak membenarkan orang awam terperangkap untuk keluar dari bandar bergolak tersebut selain mengelakkan sebarang tindakan keganasan yang akan menyebabkan lebih banyak nyawa terkorban.

Gesaan berhubung pelaksanaan gencatan senjata itu dibuat selepas ratusan militan dilaporkan tiba di Qusayr untuk menentang tentera rejim Presiden Bashar al-Assad yang didakwa mendapat bantuan gerakan Hizbullah. - Press TV

No comments:

Post a Comment