Tuesday 2 July 2013

Askar Jordan sertai pemberontak

AMMAN 1 Julai - Seorang anggota tentera udara Jordan berpangkat kapten didakwa berpaling tadah dan menyertai kumpulan pemberontak Syria, Barisan Nusra untuk menentang Presiden Bashar al-Assad.
Ahmad Atallah Shbeib al-Majali yang dilahirkan pada 1984 dilaporkan melarikan diri daripada pasukan tentera Jordan pada Rabu lalu dan menuju ke Turki tiga hari kemudian, sebelum memasuki Syria, menurut anggota keluarganya, hari ini.
Tambah mereka, Ahmad dijemput untuk menyertai kumpulan pemberontak itu sejak dua minggu lalu.
Pasukan Tentera Jordan, bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130702/lu_08/Askar-Jordan-sertai-pemberontak#ixzz2XqSxFO8w
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment