Tuesday 13 August 2013

13 maut serangan tentera Syria di bandar Raqa

Orang ramai membantu menyelamatkan penduduk daripada runtuhan bangunan akibat serangan tentera udara Syria di wilayah Raqa di timur Syria, kelmarin. - Reuters

BEIRUT 11 Ogoa - Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh apabila tentera udara Syria melancarkan serangan udara ke atas bandar Raqa, satu-satunya bandar dikawal oleh pemberontak, semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, mereka terbunuh apabila sebuah helikopter melepaskan beberapa tong bahan letupan di sektor-sektor yang dikawal oleh kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di bandar ini.
''Sebanyak 13 orang, termasuk enam kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun terkorban dalam serangan tersebut,'' kata badan hak asasi manusia tersebut.
Badan itu berkata, serangan yang dipercayai menjadikan kedudukan ISIS itu sebagai sasaran turut menyebabkan hampir 30 orang yang lain cedera.
ISIS merupakan kumpulan utama di bandar ini selepas Raqa ditawan oleh pemberontak pada Mac lalu.
Kumpulan jihad itu dilaporkan mempunyai kira-kira 1,500 anggota yang berkawal di bandar itu.
Selain itu, ISIS turut dituduh melakukan beberapa penculikan aktivis di Raqa - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130812/lu_10/13-maut-serangan-tentera-Syria-di-bandar-Raqa#ixzz2brdyz9fQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment