
Kementerian Kesihatan memaklumkan insiden itu berlaku ketika jemaah Masjid Taqwa dan al-Salam selesai menunaikan solat Jumaat.
Difahamkan, letupan pertama menyasarkan masjid Taqwa dan ia turut meragut 14 nyawa.
Serangan kedua didakwa berlaku dalam tempoh lima minit selepas sebuah kereta sarat dengan bahan letupan meletup di luar kawasan Masjid al-Salam.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan kedua-dua imam masjid tersebut terselamat dan telah dipindahkan ke lokasi rahsia.
Menurut laporan dipetik Reuters, susulan daripada kejadian itu, puluhan pihak berkuasa dikerah mengadakan kawalan dan melakukan pemeriksaan di kebanyakan laluan utama.
Sementara itu, mesej yang dipaparkan menerusi Twitter Sayap Afrika Utara Al-Qaeda (Aqim) mendakwa serangan berkembar itu didalangi oleh kumpulan Hizbullah.
No comments:
Post a Comment