Tuesday 3 September 2013

Gesa halang perang Syria

Gesa halang perang SyriaPuluhan maut selepas terkena gas sarin 21 Ogos lalu.

KAHERAH - MESIR. Menteri Luar Liga Arab menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa mendesak dan menghalang tentera rejim Bashar Al Assad menghentikan serangan kimia di Damsyik, Syria.

Dalam satu kenyataan, jurucakap PBB berkata, desakan itu selaras dengan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

Menurut kenyataan itu lagi, ketika mesyuarat menteri-menteri luar di Kaherah kelmarin, rejim Syria disahkan bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan selepas ratusan terbunuh akibat terkena gas sarin, 21 Ogos lalu.

“Menteri luar Arab berkata, mereka bertanggungjawab melepaskan gas beracun itu perlu disiasat secara terperinci sebelum kes diadili mahkamah antarabangsa,” menurut kenyataan itu dalam laporan Al Jazeera.

Semalam, kumpulan pemeriksa senjata kimia PBB menjalankan siasatan dengan mengumpul sampel bahan kimia digunakan di kawasan berkenaan untuk dihantar ke makmal di Eropah.

PBB bagaimanapun, menolak untuk mengumumkan keputusan analisa berkenaan dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Russia dilaporkan sudah menghantar kapal perisikannya dari angkatan tentera lautnya di Laut Hitam ke perairan Syria.

Laporan dari Moscow menyebut, tindakan itu dilakukan susulan Barat sedang menimbang untuk menyerang Syria berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia oleh Damsyik.

“Kapal periskan SSV-201 Priazovye dikatakan memulakan pelayaran petang kelmarin ke wilayah yang dipilih oleh angkatan tentera di timur Mediterranean,” menurut laporan itu.

No comments:

Post a Comment