Wednesday 16 October 2013

Bas terkena periuk api, 21 maut


BEIRUT 16 Okt. - Sebanyak 21 orang termasuk empat kanak-kanak dan enam wanita terbunuh apabila bas mini yang mereka naiki meletup di selatan bandar Noa, awal pagi ini.
Kumpulan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, bas mini berkenaan dipercayai terlanggar periuk api yang ditanam oleh tentera Presiden Bashar al-Assad.
Letupan dilaporkan berlaku di wilayah Deraa, walaupun negara-negara Arab serantau telah membuat rayuan supaya gencatan senjata dilaksanakan antara kedua-dua pihak yang bertelagah di Syria sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Kumpulan itu berkata, sekurang-kurangnya 27 askar terbunuh dalam pertempuran sengit di Deir al-Zor sejak dua hari lalu, walaupun kumpulan penentang memberikan angka dua kali ganda lebih banyak daripada itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131017/lu_08/Bas-terkena-periuk-api-21-maut#ixzz2hyoySbdM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment