Monday 4 November 2013

Jepun salur dana bantuan kepada Jordan


AMMAN 4 Nov. - Jepun menyalurkan dana sebanyak satu billion yen (RM30.37 juta) kepada Jordan, semalam bagi mengurangkan beban menyara beratus-ratus ribu pelarian Syria di negara tersebut.
``Dana tersebut bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Jordan dalam membantu pelarian Syrian.
``Ianya hadir selepas Jordan mengalami masalah ekonomi dan cabaran sosial berikutan situasi politik yang tidak menentu,’’ kata Menteri Pembangunan, Ibrahim Saif dalam satu kenyataan.
Menurut Said lagi, dana berkenaan akan digunakan untuk membeli air, tangki kumbahan dan pengurusan sisa di kawasan penempatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131104/lu_13/Jepun-salur-dana-bantuan-kepada-Jordan#ixzz2jcPtEu4q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment