Sunday 10 November 2013

Penentang Syria rampas pangkalan

BEIRUT 10 Nov. - Penentang Syria berjaya merampas sebuah pangkalan strategik di Aleppo, semalam dalam pertempuran dengan pasukan tentera selama dua hari, yang menyaksikan kira-kira 53 orang terbunuh, kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Pengarah Badan hak asasi itu, Rami Abdel Rahman berkata, penentang Syria termasuk anggota rangkaian al-Qaeda melancarkan serangan balas pada waktu malam ke atas tentera Syria selepas pasukan keselamatan Syria itu merampas kawalan di pangkalan tersebut kelmarin.
''Penentang menggunakan roker Grad mensasarkan kereta kebal tentera dan membolehkan mereka merampas kembali kawalan ke atas Pangkalan 80,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131111/lu_09/Penentang-Syria-rampas-pangkalan#ixzz2kI0EA47K
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment