Thursday 14 November 2013

Rusia salur dana musnahkan senjata kimia Syria


MOSCOW 14 Nov. - Rusia akan menyalurkan dana sebanyak dua juta euro (RM8.58 juta) dalam usaha untuk menghapuskan senjata kimia milik Syria, selain bersedia untuk menawarkan bantuan pakar kepada badan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan misi tersebut.
Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) setakat ini sudah mengumpul kira-kira 10 juta euro (RM42.91 juta) untuk digunakan bagi melakukan pemeriksaan tersebut, seperti yang termaktub di bawah perjanjian Amerika Syarikat-Rusia pada September lalu.
Namun begitu, badan itu memerlukan lebih banyak dana untuk memusnahkan lebih daripada 1,000 tan senjata kimia yang diisytiharkan oleh Syria. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_02/Rusia-salur-dana-musnahkan-senjata-kimia-Syria#ixzz2kb7MKViq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment