Monday 11 November 2013

Tentera Syria kembali kuasai pangkalan di Aleppo


DAMSYIK 11 Nov. - Tentera Syria berjaya mengawal kembali sebuah pangkalan utama di utara Aleppo berhampiran lapangan terbang antarabangsa, kata televisyen negeri hari ini, selepas berlaku pertempuran dengan penentang kerajaan.
"Tentera kita sudah berjaya melengkapkan pengawalan pangkalan 80,’’ kata televisyen negeri itu.
Sebelum ini penentang Syria berjaya merampas sebuah pangkalan strategik di Aleppo, semalam dalam pertempuran dengan pasukan tentera selama dua hari, yang menyaksikan kira-kira 53 orang terbunuh, kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Pengarah Badan hak asasi itu, Rami Abdel Rahman berkata, penentang Syria termasuk anggota rangkaian al-Qaeda melancarkan serangan balas pada waktu malam ke atas tentera Syria selepas pasukan keselamatan Syria itu merampas kawalan di pangkalan tersebut kelmarin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131111/lu_03/Tentera-Syria-kembali-kuasai-pangkalan-di-Aleppo#ixzz2p48AnHGx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment