Wednesday 20 November 2013

Tentera Syria tawan bandar Qara


Beirut: Pasukan keselamatan Syria dilapor berjaya menguasai sepenuhnya Qara, semalam, bandar yang digunakan kumpulan penentang untuk keluar masuk ke Lubnan.

Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan sejak Jumaat lalu ke atas bandar itu yang terletak 80 kilometer ke utara Damsyik di pergunungan Qalamoun.

Damsyik dilapor terdesak menguasai lebuh raya di bandar itu bagi memastikan pemindahan bahan kimia dari bandar itu ke persisiran pantai bagi memenuhi tuntutan program keamanan tajaan Amerika Syarikat dan Russia dalam usaha memusnahkan senjata kimianya.

Agensi berita SANA memetik sumber tentera sebagai berkata, kumpulan penentang yang menguasai Qara sudah ditumpaskan sama sekali.

No comments:

Post a Comment