Saturday 7 December 2013

Komuniti koordinasi tempatan di Syria.



Sebelum berakhirnya hari Sabtu, Kelab Komuniti Koordinasi telah merekodkan 125 muslim telah syahid dan mereka terdiri daripada 19 wanita, 14 kanak-kanak dan 4 telah disiksa sehingga temui syahid. 61 telah syahid di Bandar Aleppo; 32 syahid di Damaskus dan kawasan pedalaman sekitarnya, 12 syahid di Idlib, 8 di Homs, 3 di Hama dan 3 lagi di Deir.

Tambahnya lagi, Kelab Komuniti turut mendokumenkan 494 kawasan sasaran bedilan bom regim zalim syiah di seluruh Syria.
Sebanyak 48 kawasan sasaran bedilan bom pesawat regim telah direkodkan, tong-tong berisi bahan letupan turut dijatuhkan di Kweres (Kweres merupakan kawasan lapangan terbang tentera), Jib Safa dan Anadan yang terletak di bandar Aleppo, dan Rakaya di bandar Idlib.

Peluru berpandu turut dilepaskan dari darat dan membedil Nabek yang terletak di pedalaman Damaskus. Peluru berpandu Scud telah dilancarkan dari Brigade 155 menghala ke arah bahagian utara Syria. Serangan bom-bom meriam telah dilaporkan di hampir 156 kawasan, serangan roket di hampir 143 kawasan dan serangan bom mortar dilaporkan di 138 kawasan.

Mujahideen FSA bertempur dengan tentera regim di 176 buah kawasan dan salah satunya adalah di Hama yang mana mujahideen FSA berjaya membebaskan kawasan Asafra dan Aarnousha yang terletak dibahagian timur bandar Hama.Mujahideen turut berjaya membebaskan kawasan perkampungan Atshan berhampiran bandar kecil Mourk dan membunuh sejumlah tentera regim di sana.Di perkampungan Ashafra dan Aarnoushe juga menyaksikan FSA menjatuhkan pesawat regim yang sedang membedil perkampungan itu.

Di Daraa, FSA telah mengenal pasti Institut Hospital dan pusat pemeriksaan di kawasan kejiranan Manshieh. Di sana, FSA mengjangkakan kedatangan konvoi tentera regim di Nawa dan FSA berjaya membunuh beberapa tentera regim yang terlibat dalam konvoi itu. FSA turut melakukan serangan di pusat pemeriksaan Awad Hilal dan membunuh beberapa tentera regim. Malah, FSA membedil batalion yang membekalkan senjata di Basr Al Harir dan diserang balas.

Di kejiranan Manshieh, Fsa mengenal pasti beberapa pusat tentera regim dan membedil pusat-pusat tersebut. FSA juga melakukan serangan bom mortar ke atas konvoi tentera regim yang sedang menghala ke Tal Al Jabieh. Fsa juga meletupkan beberapa pusat tentera regim di kejiranan Manshieh. Tentera regim diserang bom mortar yang dilepaskan FSA di Atman.

Di Aleppo, FSA mengenal pasti lapangan terbang tentera regim Nayrab dan diserang balas. Fsa juga menyerang pusat tentera regim di Sekolah Saleh Jamal yang terletak di kejiranan Ashrafieh dan kemudian, Fsa mengenal pasti lapangan terbang antarabangsa Aleppo untuk serangan seterusnya dan..dan...

*Semuanya berlaku dalam sehari*

MasyaAllah, serangan demi serangan dirancang Mujahideen demi menumbangkan regim zalim dan menegakkan kembali Islam di bumi Syria. Sedikitpun tidak mereka lelah dan mengeluh tetapi mereka terus berjuang dan tidak berpaling kerana mereka sedar ganjaran atas pengorbanan mereka terlalu hebat dan setiap yang berjuang bercita-citakan Syahid.
 —

No comments:

Post a Comment