Wednesday 11 December 2013

PBB rentasi Iraq ke Syria

PBB rentasi Iraq ke Syria11 Disember 2013
UNRWA akan merentasi Iraq buat pertama kali untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Syria.
GENEVA - SYRIA. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam memaklumkan bahawa mereka mungkin akan menghantar bantuan makanan dan bekalan ubat-ubatan merentasi Iraq untuk memasuki ke Syria.

Ketua Agensi Bantuan dan Pekerjaan bagi Pelarian (UNRWA) di Syria, Amin Awad berkata, penghantaran bantuan menerusi pengangkutan udara itu telah mendapat kebenaran kedua-dua kerajaan.

"Semua bekalan bantuan kemanusiaan menjelang musim sejuk itu akan dihantar ke Qamishli dan Hassaka melalui bandar Arbil di Iraq," jelasnya dalam laporan AFP.

Menurutnya, usaha pertama kali yang mendapat kerjasama Baghdad itu diharap dapat meringankan penderitaan kira-kira 60,000 penduduk di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment