
Bayi dibungkus dengan selimut ditemui selamat di bawah sisa runtuhan selepas dibedil tentera rejim di daerah Douma.
DAMSYIK - SYRIA. Bayi dan budak antara terselamat dari bedilan rejim Bashar Al-Assad pada hari terakhir kumpulan pemeriksa senjata kimia keluar dari Syria.
Jurucakap pemerhati hak asasi manusia berkata, bayi berkenaan dibungkus dalam selimut dari sisa runtuhan selepas satu serangan udara besar-besaran berlaku di daerah Douma.
“Puluhan penduduk awam maut. Penduduk berkata, mereka terlihat helikopter tentera menjatuhkan bom barrels,” katanya.
Penduduk membentuk rantaian manusia untuk membawa keluar bayi dan kanak-kanak yang menangis kerana ketakutan.
“Mereka berkaki ayam, pakaian koyak dan muka dipenuhi debu,” katanya laporan dipetik Press TV.
No comments:
Post a Comment