Wednesday 22 January 2014

Penentang Bashar tak sehaluan


Beirut: Kumpulan pembangkang utama Syria mengesahkan ia tetap akan menghadiri persidangan damai minggu ini selepas PBB menarik balik jemputannya untuk Iran - sekutu terbesar Damsyik.

Bagaimanapun, penghalang terbesar bagi gabungan pembangkang itu adalah apabila Majlis Kebangsaan Syria (SNC) mengumumkan keluar daripada Gabungan Kebangsaan Syria kerana memprotes persidangan Geneva II itu.


Ini berikutan SNC menganggap penyertaannya dalam perbincangan itu akan memaksanya memungkiri ikrarnya untuk tidak berbincang selagi Presiden Bashar al-Assad mengundur - yang pasti tidak akan berlaku.



Sebelum itu, Gabungan Kebangsaan Syria dalam kenyataan berkata: “Kami mengalu-alukan keputusan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menarik balik jemputannya kepada Iran memandangkan negara itu tidak mematuhi syarat penyertaan Geneva II ini.” Sehubungan itu, badan itu mengesahkan penyertaannya yang dianggap mampu membawa perubahan dalam arena politik negaranya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/22

No comments:

Post a Comment