Thursday 2 January 2014

Terlepas tarikh akhir

Terlepas tarikh akhir2 Januari 2014

 Sebahagian kapal yang akan digunakan untuk memusnahkan bekalan senjata kimia Syria di laut.

DAMSYIK - SYRIA. Masalah keselamatan dan birokrasi menjadi punca utama kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad gagal mematuhi tarikh akhir untuk memindahkan bekalan senjata kimia dari negara itu.

Menurut Pertubuhan Senjata Kimia (OPCW), masalah cuaca buruk dan kekurangan peralatan juga dikatakan telah menyebabkan operasi itu terpaksa ditangguhkan.

Penyelaras Khas Misi Bersama OPCW-PBB, Sigrid Kaag berkata, proses melupuskan senjata kimia tersebut hampir selesai walaupun tidak menepati tarikh akhir pada 31 Disember lalu akibat masalah teknikal.

"Damsyik perlu membuat rancangan teliti untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika proses penghantaran bekalan senjata kimia itu di Latakia," jelasnya dalam laporan AFP.

Sebelum ini, kerajaan Syria bersetuju memindahkan bekalan bahan kimia dan toksik milik mereka termasuk 20 tan gas mustard untuk dimusnahkan di laut menjelang pertengahan tahun ini.

No comments:

Post a Comment