Friday 30 May 2014

Rakyat Syria di Lubnan mengundi


Beirut: Beratus-ratus warga Syria yang tinggal di Lubnan beratur di luar kedutaan mereka berhampiran bandar raya ini untuk mengundi menjelang pilihan raya presiden negara itu selepas hari pengundian dilanjutkan sehari lagi di negara jiran.

Keadaan di kedutaan di bandar Yazre, tenggara ibu negara Lubnan itu kelihatan lebih teratur berbanding semalam yang menyaksikan pengundi Syria bertempur dengan tentera Lubnan.

Tentera Lubnan meronda kawasan itu ketika beratus-ratus orang, sebahagian mereka mengibarkan bendera Syria dan memegang gambar Presiden Bashar Assad, berbaris untuk memasuki kedutaan untuk mengundi menjelang pilihan raya 3 Jun depan.

Bashar dijangka memenangi pilihan raya berkenaan untuk kali ketiga.

Pilihan raya berkenaan bagaimanapun dikecam oleh Barat dan pembangkang Syria kerana diadakan ketika perang saudara.

Seorang pengundi yang juga penyokong presiden itu berkata, dia mengundi kerana berharap pilihan raya itu akan menamatkan peperangan dan kehidupan kembali normal selepas perang saudara selama tiga tahun yang menyebabkan 160,000 orang terbunuh.



- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

No comments:

Post a Comment