Thursday 26 June 2014

15 militan di Syria dikenal pasti


2014/06/26 - 03:43:42

Bukit Kayu Hitam: Polis sudah mengenal pasti identiti sebahagian daripada 15 individu yang terkorban dalam kegiatan keganasan dan jihad di Syria, pada pertengahan bulan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan butiran tepat sebelum mendedahkan sama ada 15 individu itu adalah rakyat Malaysia atau sebaliknya.

“Setakat ini, apa yang boleh saya sahkan, sebahagian daripada mereka sudah dikenal pasti, namun kita masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai mereka yang terkorban dalam pertempuran kumpulan militan di Syria.

Masuk melalui negara ketiga

“Kesukaran ini disebabkan kebanyakan militan dari negara ini bukannya pergi terus ke negara Islam yang bergolak termasuk Syria, sebaliknya memasuki negara berkenaan melalui negara ketiga seperti Jordan,” katanya selepas melancarkan Unit Risikan Sempadan (URS) Pangkalan Utara Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Wisma Putra bekerjasama dengan pihak berkuasa di Syria bagi mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad terbunuh di Syria.

Wisma Putra dalam kenyataan kelmarin, memaklumkan Malaysia meminta pihak Syria mengesahkan dakwaan pegawai Syria yang berpusat di New York, Amerika Syarikat, dalam satu sidang media pada 18 Jun lalu.
Kenyataan itu turut menegaskan Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan tidak pernah merestui tindakan keganasan.

No comments:

Post a Comment