Sunday 22 June 2014

35 maut serangan bom di Syria


Penduduk Syria membantu mengangkat rakan mereka yang cedera dalam insiden bom trak di sebuah kampung di wilayah Hama, barat Syria yang mengorbankan 38 orang dan lebih 50 lagi cedera, kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK 21 Jun - Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila kumpulan penentang kerajaan Syria meletupkan sebuah bom trak di sebuah kampung di wilayah Hama yang dikuasai tentera kerajaan, semalam.
Stesen televisyen tempatan SANA melaporkan, serangan itu dilancarkan ke atas kedudukan kumpulan militia yang menyokong Presiden Bashar al-Assad di kampung Al-Horra.
"Kumpulan penentang meletupkan kira-kira tiga tan bahan letupan yang menyebabkan kesan kemusnahan teruk di lokasi serangan.
"Orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak adalah antara mereka yang terbunuh dalam serangan tersebut," jelas laporan itu.
Kumpulan penentang daripada Barisan Islam mengaku bertanggungjawab da­lam serangan itu.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kira-kira 10.8 juta rakyat Syria memerlukan bantuan segera termasuk 4.7 juta penduduk di kawasan yang sukar dima­suki pasukan bantuan dan 241,000 lagi di lokasi yang dikepung.
Setiausaha PBB, Ban Ki-moon berkata, jumlah tersebut menunjukkan pe­­ningkatan sebanyak 3.5 juta orang berbanding laporan sebelum ini dan situasi berke­naan dijangka bertambah buruk ekoran kemaraan militan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Iraq yang berjiran dengan Syria.
"Usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang memerlukan terjejas akibat ditangguh atau berdepan kesukaran lain," kata­nya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140622/lu_08/35-maut-serangan-bom-di-Syria#ixzz35JrBUY00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment