Thursday 5 June 2014

Bashar al-Assad kekal Presiden Syria

Bashar al-Assad kekal Presiden Syria
Bashar al-Assad 
DAMSYIK: Bashar al-Assad mempertahankan jawatan Presiden Syria buat penggal ketiga selepas menang dalam pilihan raya, kata Parlimen negara itu, hari ini.

Speaker Parlimen mengumumkan bahawa 1,319,723 menyokong Assad untuk meraih kira-kira 88.7 peratus undi.

Pilihan raya itu diadakan bermula jam 7 pagi waktu tempatan kelmarin dan tamat pada jam 7 malam.

Jawatankuasa Kehakiman Tertinggi yang memantau perjalanan pilihan raya itu kemudiannya mengumumkan masa mengundi dilanjutkan selama lima jam sehingga tengah malam yang menyaksikan kehadiran "jumlah pengundi ramai". - Agensi 

No comments:

Post a Comment