Tuesday 16 September 2014

500 pendatang maut akibat kapal karam


ROME 16 Sept. - Kira-kira 500 orang pendatang dikhuatiri mati lemas selepas kapal pedagang haram karam akibat kemalangan di perairan pantai Libya kelmarin, menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) semalam.
Menurut satu kenyataan IOM, pihak polis kini sedang menjalankan penyiasatan ke atas kemalangan kapal yang paling teruk dalam tempoh beberapa tahun itu.
Mangsa yang terselamat melaporkan, pendatang dari Syria, Palestin, Mesir dan Sudan bertolak dari Damietta di Mesir pada 6 September lalu dan mereka dipaksa menukar bot beberapa kali ketika dalam perjalanan ke Eropah.
Pedagang haram yang menaiki bot berlainan kemudian mengarahkan mereka berpindah ke bot yang lebih kecil dan tidak sesuai dengan jumlah penumpang.
Jurucakap IOM, Flavio Di Giacomo berkata, seramai sembilan orang mangsa terselamat dalam kejadian tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140916/lu_06/500-pendatang-maut-akibat-kapal-karam#ixzz3DQWqGZkP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment