Monday 1 September 2014

75 askar selamat


Perkara itu disahkan jurucakap tentera negara itu, Leftenan Kolonel Ramon Zagala. 
“Mereka kini berada di tempat selamat, bersama-sama senjata masing-masing, katanya di Manila. 

Kumpulan pertama terdiri daripada 35 anggota diselamatkan dengan mengguna kenderaan berperisai PBB Sabtu lalu selepas pemberontak Syria menyerang rakan mereka yang berada empat kilometer dari situ, katanya.
Foto
PANGLIMA tentera Filipina Jeneral Gregorio Catapang (tengah) bersama pegawai kanan tentera negara itu di Manila bergembira selepas dimaklumkan mengenai keselamatan tentera Filipina di Syria.

Menurutnya, 40 anggota lagi bertempur dengan pemberontak berkenaan selama tujuh jam namun berjaya melepaskan diri ke kawasan kawalan PBB yang terletak dua kilometer dari kedudukan mereka.

Mereka kemudian bergerak ke Kem Ziouani di kawasan kawalan PBB. 

“Kini tiada lagi masalah, semuanya selamat,” katanya. 

Menurutnya, pasukan berkenaan mengharungi cuaca sejuk dengan mengusung bekalan serta peralatan mereka untuk berjalan selama hampir dua jam untuk sampai kedestinasi dengan selamat. 

Pasukan keamanan Filipina itu diserang Khamis lalu namun enggan menyerahkan senjata mereka seperti dituntut pemberontak. 

Pada 23 Ogos lalu, kerajaan Filipina mengumumkan akan menarik balik kontinjen Filipina ke PBB yang membabitkan 331 anggota di Bukit Golan sebaik selesai tempoh perkhidmatan mereka bulan ini disebabkan keadaan keselamatan yang semakin meruncing. 

Israel merampas 1,200 kilometer persegi Bukit Golan ketika Perang Enam Hari pada 1967 sebelum bertindak menuntut kawasan itu sebagai miliknya - tindakan yang tidak pernah diiktiraf masyarakat dunia. 

Pasukan keselamatan PBB ditempatkan di situ sejak 1974 untuk memantau gencatan senjata antara Israel dan Syria.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

No comments:

Post a Comment