Sunday 14 September 2014

Filipina siasat rakyatnya pergi ke Syria


MANILA 13 Sept. - Kerajaan Filipina sedang menyiasat penglibatan rakyatnya yang beragama Islam dalam konflik di Syria selepas dua warga Filipina dilaporkan terbunuh ketika berjuang untuk kumpulan militan Negara Islam (IS).
Menurut pegawai perisik, hari ini Manila juga sedang memantau penduduk Islam Filipina yang pernah ke Syria dan Iraq serta usaha mereka cuba mempengaruhi orang lain untuk mengikut jejak langkah mereka selepas mereka pulang ke tanah air.
"Perkembangan membimbangkan ini mampu memberi kesan kepada situasi keselamatan dalam negara.
"Kami telah mengimbas data mereka berdasarkan maklumat yang didapati daripada pelbagai agensi termasuk daripada Jabatan Hal Ehwal Luar. Kami sedang bertukar-tukar maklumat risikan dengan pihak luar, bagi membolehkan kami membangunkan pangkalan data kami," kata pegawai yang enggan dikenali itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140914/lu_05/Filipina-siasat-rakyatnya-pergi-ke-Syria#ixzz3DG3S21BH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment