Thursday 22 May 2014

Lelaki Britain berperang di Syria dihukum


LONDON 21 Mei - Seorang lelaki yang pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan penentang menjadi orang pertama di Britain didapati bersalah melakukan keganasan berkaitan konflik di negara itu.
Mashudur Choudhury, 31, pergi ke Syria bersama-sama empat orang lain pada Oktober lalu, namun dia ditangkap apabila dia pulang berseorangan pada akhir bulan itu.
Mahkamah Crown Kingston, di sini semalam mendapati dia bersalah atas dakwaan terlibat dalam persediaan aktiviti keganasan selepas perbicaraan selama 12 hari dan keputusan hukumannya akan diumumkan pada bulan depan.
Keputusan bersalah itu diumumkan ketika polis meneruskan tindakan tegas ke atas penduduk Britain yang pergi ke Syria untuk berperang ekoran tindakan mereka itu memberi ancaman keselamatan kepada negara ini. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140522/lu_09/Lelaki-Britain-berperang-di-Syria-dihukum#ixzz32ON63A5J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment