IS semakin berkembang
IS melatih 1,000 orang sebulan dan semakin berkembang.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Syria Bashar al-Assad memberitahu kumpulan militan IS semakin menggiatkan latihan sejak bermulanya serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas mereka.

Assad dalam satu temu bual televisyen AS berkata, jika bercakap tentang IS, sebenarnya kumpulan itu telah berkembang sejak permulaan serangan.

"IS merekrut 1,000 pelatih sebulan. Mereka berkembang di Iraq dan di Libya, organisasi sekutu al-Qaeda mengumumkan kesetiaan mereka kepada IS. Itulah keadaan sebenar," katanya.

Ketika ditanya bila beliau ingin menyerahkan kuasanya, Assad menjawab apabila beliau tidak lagi mendapat sokongan awam dan apabila beliau tidak mewakili kepentingan serta nilai Syria.

Sebelum ini, Washington memohon rundingan penyelesaian politik untuk perang saudara Syria tanpa Assad, tetapi dengan matlamat utama untuk memerangi IS. - Reuters