Syria
Pejabat keselamatan di Aleppo musnah teruk dalam kejadian pengeboman.
TOKYO - JEPUN. Jepun mengeluarkan larangan perjalanan ke Syria dan Iraq terhadap seorang pengamal media negara itu atas faktor keselamatan.

Menurut laporan media tempatan, jurugambar perang berpengalaman, Yuichi Sugimoto diharamkan mengunjungi dan membuat liputan di kedua-dua negara bergolak tersebut.

"Sugimoto bebas memasuki semua negara kecuali Iraq dan Syria," menurut kenyataan rasmi Jepun, semalam.
Februari lalu, kerajaan Jepun merampas pasport milik Sugimoto selepas beliau berkeras mahu memasuki Syria.

Di bawah undang-undang Jepun, pihak berkuasa boleh merampas pasport milik warganya jika didapati keselamatan mereka terancam di negara asing.

Awal tahun ini, dua warga Jepun, Kenji Goto dan Haruna Yukawa dipenggal oleh kumpulan militan IS di Syria lapor Press TV.