Thursday 21 May 2015

IS tawan sebahagian kota bersejarah Syria


DAMSYIK – Kumpulan militan Islamic State (IS) semalam menawan bahagian utara kota bersejarah Syria, Palmyra semalam, kata ketua Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia, Rami Abdul Rahman.
“Militan-militan IS menawan utara Palmyra yang menyamai sepertiga daripada keseluruhan kota bersejarah itu. “Tentera rejim Presiden Bashar al-Assad melarikan diri dari kawasan itu,” kata Rami.
Tinggalan bangunan yang diiktiraf sebagai tapak wa­risan dunia UNESCO termasuk kuil-kuil kuno pula berada di tenggara Palmyra.
Televisyen Syria melaporkan tentera rejim menyerang IS di utara Palmyra bagi menghalang kemaraan mereka.
Ini merupakan kali kedua IS menguasai utara Palmyra selepas mereka menawan kawasan sama pada Sabtu lalu tetapi hanya dapat bertahan kurang daripada 24 jam sebelum diusir oleh tentera Bashar. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3aiwBCp5z 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment