Saturday 4 July 2015

Letupan di masjid Syria bunuh 25 pejuang Al-Nusra



BEIRUT: Satu letupan di sebuah masjid di utara Syria membunuh 25 anggota Al-Qaeda Syria, termasuk seorang pemimpinnya, ketika mereka menunaikan solat Maghrib, menurut kumpulan pemantau.
Pengarah Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman, berkata angka korban mungkin meningkat apabila puluhan orang awam turut cedera dalam letupan selepas mereka berbuka puasa di masjid di bandar Ariha itu.
"Seramai 25 anggota Al-Nusra, termasuk seorang pemimpin kumpulan, mati dalam letupan di sebuah masjid di bandar Ariha dalam wilayah Idlib," menurut kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain itu.
Tidak dapat dipastikan segera apakah yang menyebabkan letupan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment