Monday 28 September 2015

Jepun tawar bantuan 810 Juta USD kepada pelarian Syria dan Iraq

http://www.ismaweb.net/2015/09/jepun-tawar-bantuan-810-juta-usd-kepada-pelarian-syria-dan-iraq/

Migrants are on their way to Austria at the railway station at the border crossing with Austria in Hegyeshalom, Hungary, September 27, 2015. REUTERS/Heinz-Peter Bader
Tokyo, Isnin –Keprihatinan terhadap mangsa-mangsa pelarian negara yang mengalami krisis diteruskan apabila Jepun kini menawarkan untuk memberi bantuan kira-kira 810 juta USD kepada pelarian Syria dan Iraq. 
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangka akan membuat pengumuman mengenai bantuan itu dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada esok, Selasa.
Walau bagaimanapun, beliau tidak mengulas sama ada Jepun akan meringankan syarat penerimaan pelarian di negara berkenaan.
Dilaporkan pada tahun 2014, Jepun hanya menerima 11 pemohonan suaka daripada  5,000 permohonan untuk masuk ke negara itu,
Ini berikutan kerajaan Jepun telah mengumumkan perubahan baharu terhadap sistem pelarian di mana aktivis menyifatkan langkah itu sebagai menambahkan lagi kesukaran kepada mereka yangmemerlukan perlindungan.
Berdasarkan kenyataan PBB yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, pihaknya tidak melihat sebarang pengurangan aliran pelarian yang tiba ke Eropah apabila dilaporkan 8,000 pelarian tiba setiap hari.
Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Luar Jepun turut mengumumkan bahawa pihaknya akan menyediakan bantuan sebanyak dua juta USD untuk menyokong pelarian Syria dan Lubnan, manakala dua juta USD lagi untuk negara-negara di Balkan Barat seperti Serbia dan Macedonia yang menerima kemasukan pelarian. – Agensi

No comments:

Post a Comment