Saturday 31 October 2015

Penculik budak pelarian ditahan


Penculik budak pelarian ditahan

31 OKTOBER 2015
Penculik budak pelarian ditahan Suspek (gambar kanan) yang disyaki menculik Mohamed selepas mangsa dilaporkan hilang pada 1 Oktober lalu.

BERLIN - JERMAN. Pihak berkuasa Jerman, kelmarin telah memberkas seorang lelaki berusia 32 tahun yang disyaki menculik kanak-kanak pelarian berumur empat tahun.

Jurucakap polis, Stefan Redlich berkata, penahanan itu dibuat selepas menerima aduan daripada ibu suspek yang mendakwa anaknya membuat pengakuan bahawa dia terlibat dengan penculikan Mohamed Januzi yang dilaporkan hilang pada 1 Oktober lalu.

"Kami turut menemui mayat seorang budak di dalam but kereta suspek. Kami sedang menunggu keputusan autopsi untuk mengenal pasti identiti dan tarikh sebenar kematiannya.

"Rakaman CCTV menunjukkan lelaki tersebut ada membawa Mohamed keluar dari kawasan pejabat kerajaan yang menyediakan program penjagaan sosial kepada pelarian," katanya.

Menurutnya lagi, hasil siasatan awal mendapati suspek dari Brandenburg itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan berhaluan kanan atau lingkaran xenofobia, lapor Reuters.

No comments:

Post a Comment