Tuesday 20 October 2015

Slovenia hadkan kemasukan migran


Slovenia hadkan kemasukan migran

20 OKTOBER 2015
Slovenia hadkan kemasukan migran Anggota polis membantu migran ketika menyeberangi sempadan Slovenia dan Austria, semalam. - Foto AFP

LJUBLJANA - SOLVENIA. Kerajaan Slovenia menurunkan jumlah pelarian yang memasuki negara itu kepada 2,500 sehari, iaitu separuh daripada bilangan dipersetujui sebelum ini dengan negara jiran Croatia.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Slovenia Bostjan Sefic berkata, negaranya tidak boleh menerima rayuan Croatia untuk menerima 5,000 pemohon suaka sehari dengan alasan bahawa had harian pelarian ke Austria adalah seramai 1,500 orang.

"Jika kami menerima 5,000 pendatang sehari, ia bermaksud 35,000 migran akan berada di negara ini dalam tempoh 10 hari. Ia tidak boleh diterima," katanya.

Menurut laporan media tempatan, Slovenia tidak mempunyai ruang cukup di kem transit terutamanya yang dibina untuk pelarian sejak awal tahun ini.

Awal minggu ini, Croatia dan Slovenia bersetuju untuk membuka sempadan sama seperti yang dilakukan oleh Jerman dan Austria.

Langkah itu dibuat selepas Hungary menutup sempadannya dengan Crotia dalam usaha bagi menghentikan kemasukan sejumlah besar pendatang untuk menyeberangi ke negara utara Eropah. - Press TV

No comments:

Post a Comment